Thursday, June 30, 2016

Petikan Pisang Goreng

Tarikh: 24hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Ulangkaji perkataan "Makanan Berkhasiat" dan "Makanan Tidak Berkhasiat"
  • Menyanyi - "Nasi Lemak"
    • marathon - semua makanan dinyanyi sekaligus, tengok sekali boleh mengingati berapa jenis makanan mengikut susunan
      • Nasi Lemak - saya
      • Tosai Biasa - Ethan
      • Nasi Kerabu - Yong Jun
      • Mi Wantan - Sueanne
      • Spageti - Leow Xun
      • Roti Bakar - Suzanne
      • Telur Rebus - Lik Shin & Zi Yue
      • Roti Canai - Mei Jia, Rachel, & Deshayne
      • Pisang Goreng - Yun Cong, Jia Mao, Lucas, & Thong Yu
      • Onde-onde - Cheng Kai, Zun Yu, Yee Ern, Si Ying, & Wei Xin
  • Berpantun - ulangkaji semua pantun yang telah mereka pelajari sebelum ini
  • Baca petikan - "Pisang Goreng"

Aktiviti - Makanan Berkhasiat & Tidak Berkhasiat

Tarikh: 23hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Hari ini membuat aktiviti berkaitan "Makanan Berkhasiat" dan "Makanan Tidak Berkhasiat"
  • Gambar-gambar makanan telah disediakan. Mereka perlu
    • setiap orang guntingkan satu gambar makanan
    • warnakan gambar tersebut
    • tampalkan gambar atas kad manila yang besar berdasarkan jenis makanan, sama ada makanan tersebut adalah makanan yang berkhasiat atau tidak berkhasiat

    • belajar nama-nama semua makanan yang telah mereka tampalkan
    • tuliskan nama-nama makanan di tepi gambar 

Makanan Berkhasiat & Tidak Berkhasiat

Tarikh: 20hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Hari ini kami belajar tentang makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.
  • Mereka telah sebutkan beberapa makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

  • Buku "Mari Kita Makan Kuih" - hari itu tidak habis bacakan semua kuih, hari ini sambung.
  • Menyanyi - "Lenggang Kangkung" dan "Nasi Lemak"

Wednesday, June 29, 2016

Hmm... Sedapnya!

Tarikh: 21hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 5pm - 5.30pm
  • Buku - "Hmm... Sedapnya!"
    • buah-buahan sangat sedap dan berkhasiat

  • Menyanyi
    • Lenggang Kangkung
    • Nasi Lemak

Tuesday, June 28, 2016

Projek Hari Bapa - Membakar Biskut

Tarikh: 17hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Semalam mereka ada lawatan ke akuarium, jadi saya telah menolong mereka tampalkan tali leher dan kolar mereka di atas kepingan kertas yang kecil, untuk dijadikan kad mini.
  • Hari ini kami pun membakarkan biskut mentega
Tambahkan bahan-bahan hiasan ke dalam adunan

Tambahkan bahan-bahan hiasan ke dalam adunan

Sudah siap dihiaskan dan boleh dibakar!

Adunan dimasukkan ke dalam ketuhar

Biskut sudah siap! Sangat menarik, kan?

Inilah kad mini kami

Klip di atas beg yang telah diisikan biskut mentega

Projek Hari Bapa - Tali Leher & Kolar

Tarikh: 15hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Hari ini bermulalah membuat projek Hari Bapa
    • Saya terjumpa origami yang membuat kolar, jadi saya pun mengajar mereka membuat tali leher dan kolar sekali

Mari Kita Makan Kuih

Tarikh: 14hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 5pm - 5.30pm
  • Buku - "Mari Kita Makan Kuih"
    • Memperkenalkan pelbagai jenis kuih, bahan-bahan dan cara untuk memasak setiap kuih-muih
    • Kuih-muih yang diperkenalkan termasuk
      • kuih lapis
      • karipap
      • kuih pao
      • putu piring
      • jemput-jemput
      • dan lain-lain lagi
  • Menyanyi - "Nasi Lemak"

Penerangan Projek Hari Bapa

Tarikh: 13hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Menerangkan projek Hari Bapa
    • Membuat origami tali leher
    • Membuat sekeping kad mini
    • Menampalkan origami tali leher di atas kad mini
    • Membakar biskut mentega
  • Menyanyi
    • Lenggang Kangkung
    • Nasi Lemak
      • Tambah makanan - telur rebus - Lik Shin
  • Kad imbas - "Barangan di dalam rumah"
    • perkataan seperti sofa, pasu, jam, dan lain-lain

Thursday, June 23, 2016

Padankan - Lempeng

Tarikh: 10hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Padankan gambar dengan perkataan yang betul - bahan-bahan lempeng

  • Menyanyi - "Lenggang Kangkung" dan "Nasi Lemak"

Padankan - Nasi Lemak

Tarikh: 9hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Padankan gambar dengan perkataan yang betul - bahan-bahan nasi lemak
  • Menyanyi - "Lenggang Kangkung" dan "Nasi lemak"


Membina Piramid Makanan - Bahagian Terakhir

Tarikh: 8hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Piramid makanan - habiskan tahap terakhir hari ini
    • tampalkan telur, susu, dan madu
  • Menyanyi
    • Lenggang Kangkung
    • Nasi lemak - tambah lagi satu makanan
      • roti bakar - Suzanne



Friday, June 17, 2016

Lenggang Kangkung + Pergerakan

Tarikh: 7hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 5pm - 5.30pm
  • Nyanyi "Lenggang Kangkung"

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga
Lenggang lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga

Jangan bercakap bohong
Semua orang tak suka
Jangan bercakap bohong
Semua orang tak suka

Lenggang lenggang kangkung
Kangkung berbatas-batas
Lenggang lenggang kangkung
Kangkung berbatas-batas

Kalau orang sombong
Tentu mendapat balas
Kalau orang sombong
Tentu mendapat balas

  • Tambahkan pergerakan badan

Lenggang Kangkung

Tarikh: 6hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Mari menyanyi - "Lenggang Kangkung"
  • Tunjukkan mereka gambar kangkung dan masakan kangkung yang biasa dijumpai
Kangkung belacan

Sotong Kangkung
  • Mari menyanyi - "Nasi Lemak" (lagu yang mereka isikan lirik hari itu)
    • Kami tukarkan makanan dan orang di dalam lagu
    • Marathon - sambung 4 makanan yang digemari 4 orang yang berlainan, nyanyi berturut-turut tanpa berhenti. Uji peringatan kanak-kanak.
      1. Tosai biasa - Ethan
      2. Nasi Kerabu - Yong Jun
      3. Mi Wantan - Sueanne
      4. Spageti - Leow Xun
    • Contohnya,
Tosai biasa x 2
Sedapnya x 2
Ethan suka makan x 2
Sangat enak x 2

Nasi kerabu x 2
Sedapnya x 2
Yong Jun suka makan x 2
Sangat enak x 2

... ...


Membina Piramid Makanan - Bahagian 4

Tarikh:3hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Piramid Makanan
    • Nasi Lemak
      • Tampal gambar "timun", "kacang", dan "daun pandan"
      • Kanak-kanak mengingatkan saya ada lagi satu bahan "halia", saya terlupa dan tidak carikan gambar halia. Kami akan tambahkan pada minggu depan.
    • Lempeng
      • Sambung dengan bahan-bahan lempeng
        • tepung gandum - Aras 1
        • mentega - Aras 4



Membina Piramid Makanan - Bahagian 3

Tarikh: 2hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Piramid makanan
    • gunting gambar - beras, cili, ikan bilis, santan
    • tampalkan
      • beras - Aras 1
      • cili - Aras 2
      • ikan bilis - Aras 3
      • santan - Aras 4
    • sesiapa yang tidak sempat habiskan untuk bahan lain sebelum ini boleh sambungkan hari ini

Thursday, June 9, 2016

Membina Piramid Makanan - Bahagian 2

Tarikh: 1hb Jun2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Sambung dengan piramid makanan.
  • Menampalkan perkataan yang lain-lain
    • Sayur-sayuran (Aras 2)
    • Ayam, Daging, Ikan dan Kekacang (Aras 3)
    • Hasil Tenusu (Aras 3)
    • Lemak, Minyak dan Gula (Aras 4)
  • Ada yang salah tampal, ada pula tergunting perkataan ataupun hilang. Jadi, mereka terpaksa menulis ataupun saya tolong tuliskan.

Ungka

Tarikh: 31hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 5pm - 5.30pm
  • Petikan "Ungka" - mereka pernah belajar pantun yang ada perkataan ungka.
  • Ungka - rupa seperti monyet, tetapi tangannya panjang dan tidak ada ekor. Makan banyak jenis makanan, termasuk buah-buahan, daun-daun dan serangga.

  • Berpantun (ulangkaji)

Wednesday, June 8, 2016

Membina Piramid Makanan - Bahagian 1

Tarikh: 27hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Membina piramid makanan.
    • Langkah pertama: melukis segi tiga.
    • Langkah kedua: menampalkan perkataan
      1. Piramid Makanan
      2. Aras 1 sehingga Aras 4
      3. Bijirin, Hasil Bijirin, Ubi-ubian (Aras 1)
      4. Buah-buahan (Aras 2)

Boleh saya berjumpa dengan doktor?

Tarikh: 26hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Sebelum kelas saya, ada pakar kanak-kanak datang membuat penerangan untuk mereka.
  • Saya mengajar mereka beberapa perkataan yang berkaitan, seperti
    • doktor
    • pesakit
    • jururawat
    • sakit
    • demam
    • selsema
    • batuk
    • berdarah
    • ambil suhu badan

  • Kemudian, saya bacakan buku cerita "Boleh saya berjumpa dengan doktor?"
  • Selepas habis membaca, saya bahagikan mereka kepada 2 kumpulan. Mereka berlakon semula cerita ini.

Piramid Makanan

Tarikh: 25hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Mari menyanyi - lagu nasi lemak semalam.
  • Perkataan yang berwarna biru boleh ditukarkan. Peraturannya, yang makanan mesti diganti dengan makanan, kata nama mesti diganti dengan kata nama.

  • Saya tunjukkan mereka piramid makanan hari ini.
  • Piramid makanan:
    • ada 4 aras
    • aras atas sekali adalah makanan yang perlu dimakan sedikit sahaja
    • aras paling bawah adalah makanan yang perlu dimakan paling banyak


Mari Menyanyi - Nasi Lemak

Tarikh: 24hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 5pm - 5.30pm
  • Mari menyanyi, guna melodi lagu "Are You Sleeping?", tuliskan lirik baru.
  • Saya hanya bagi permulaan sahaja - "Nasi lemak, nasi lemak". Mereka terus mula isikan yang seterusnya. Pandai betul! :)
Nasi lemak, nasi lemak
Sedapnya, sedapnya
Saya suka makan, saya suka makan
Sangat enak, sangat enak
  • Selepas sudah menyanyi beberapa kali, semua orang sudah boleh mengingati lirik ini.
  • Permainan: saya padamkan perkataan sedikit demi sedikit. Perkataan yang dipadamkan, mereka tidak boleh menyanyi tetapi diganti dengan tepuk tangan.
  • Contohnya: lirik baris pertama menjadi Nasi [tepuk tangan] , nasi [tepuk tangan].

Tuesday, June 7, 2016

Kepentingan Sarapan Pagi

Tarikh: 23hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm

  • Saya tanya mereka tentang kepentingan sarapan pagi.
  • Antara jawapan yang dibagikan mereka adalah
    • badan lebih sihat
    • ada protein
    • ada vitamin
    • dan lain-lain lagi
  • Rasanya, mereka sudah salah faham, ingatkan saya tanya kepentingan makanan pada kami. Justeru itu, saya menerangkan sekali lagi soalan saya.
  • Kali ini, barulah mereka dapat memberi jawapan yang lebih tepat.
    • badan lebih sihat
    • bertenaga sepanjang hari
    • bersemangat
    • otak cerdas (saya yang tambahkan)
  • Saya berkongsi dengan mereka sebabnya saya menyebut otak cerdas. Ada kajian menunjukkan bahawa budak-budak yang makan sarapan setiap pagi otaknya lebih cerdas dan lebih bijak.
  • Selepas itu, saya mengulangkaji nama bahan-bahan yang telah kami gunakan sebelum ini untuk memasak nasi lemak dan lempeng. Untuk membantu mereka dapat mengingati dengan lebih senang, saya telah suruh mereka balik carikan gambar-gambar bahan tersebut. Setiap orang membawa gambar untuk satu bahan sahaja.

Jom Makan Bersama

Tarikh: 20hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Dalam dua minggu ini, kami telah memasak nasi lemak dan lempeng. Kami membuat ulangkaji tentang nama-nama bahan yang telah kami gunakan untuk memasak dua makanan tersebut.

  • Kemudian, kami baca buku cerita "Jom makan bersama". Cerita ini menceritakan dua orang sahabat baik di sekolah. Salah seorang lupa membawa duit dan tipu kawannya yang dia tidak lapar, apabila kawan tanya dia apa yang dia nak makan. Selepas itu, kawannya telah mengetahui kebenaran. Kawannya mahu pinjamkan dia duit tetapi dia segan. Justeru itu, kawannya pun ajak dia berkongsi makanan dan makan sekali.

Monday, June 6, 2016

Masak Lempeng

Tarikh: 19hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Hari ini kami masak lempeng tepung gandum.
  • Mereka bergilir-gilir keluar untuk membuat penyediaan sebelum memasak, seperti masukkan tepung gandum, susu, dan susu, mengacaukan campuran bahan-bahan.




  • Selepas itu, kami pun mula memasak. Mereka boleh keluar bergilir-gilir untuk melihat campuran bahan-bahan itu masak dan menjadi lempeng.
Inilah rupa lempeng
  • Ini adalah kali pertama mereka memakan dengan mencecahkan madu dan mentega. Mereka sangat suka kombinasi ini.