Sunday, July 3, 2016

Rumusan Makanan & Ulangkaji

Tarikh: 1hb Julai 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Berpantun
  • Ulangkaji - makanan berkhasiat & tidak berkhasiat
  • Buku (ulang) - "Mari Kita Makan Kuih"
  • Menyanyi semua lagu yang pernah mereka pelajari
  • Hari ini hari terakhir untuk tema ini. Kami akan adakan tema baru lagi selepas 2 bulan.

Ulangkaji Makanan

Tarikh: 30hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Minggu ini minggu terakhir untuk tema "Makanan". Jadi, hari ini kami membuat ulangkaji
    • Nama bahan-bahan untuk memasak "Roti Pisang Goreng"
    • Piramid Makanan
    • Berpantun
    • Menyanyi - "Nasi Lemak", "Lenggang Kangkung", "Selamat Hari Raya"

Roti Pisang Goreng

Tarikh: 29hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Akhirnya, kami membuat "Roti Pisang Goreng" hari ini.
    1. 4 orang sekumpulan. Dua orang potong kulit roti, dua orang potong pisang.
    2. Gulungkan pisang dengan roti

    3. Keluar goreng bergilir-gilir. Sebelum masukkan ke dalam minyak, salutkan roti dengan telur yang telah saya sediakan di tepi kuali.

    4. Apabila roti di dalam kuali sudah bertukar ke warna emas kuning, keluarkan roti dan boleh dimakan bila roti sudah tidak panas.

Selamat Hari Raya

Tarikh: 28hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 5pm - 5.30pm
  • Berpantun - ulangkaji semua pantun
  • Terangkan sedikit mengenai Hari Raya Aidilfitri
  • Menyanyi - Selamat Hari Raya (versi Upin Ipin)

  • Mainkan lagu raya yang lain, seperti "Balik Kampung", "Suasana Di Hari Raya", sebab mereka kata mereka tidak pernah dengar semua lagu-lagu raya ini

Menyanyi - Makanan Berkhasiat & Tidak Berkhasiat

Tarikh: 27hb Jun 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
  • Berpantun
  • Menyanyi "Nasi Lemak" marathon
  • Ulangkaji makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat. Gantikan makanan ini dalam lagu "Nasi Lemak". 
    • Contohnya, untuk makanan berkhasiat
Pisang kuning, sayur hijau
Sedapnya x 2
Kami suka makan x 2
Sangat enak x 2
    • Untuk makanan tidak berkhasiat pula
Kek dan coklat, gula-gula
Sedapnya x 2
Kami tidak suka x 2
Tidak sihat x 2