Tarikh: 5hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
- Pada
kelas kelmarin, dalam pantun baru ada roti canai dan nasi lemak. Kanak-kanak
semua tahu dan suka makan roti canai. Justeru itu, saya pun memperkenalkan
sedikit tentang jenis roti yang boleh didapati di kedai mamak.
- Di kedai
mamak, roti canai ada banyak perisa. Roti canai yang kebanyakan mereka tahu
adalah roti canai biasa ataupun biasanya dipanggil roti kosong. Tetapi
sebenarnya selain daripada roti kosong, ada lagi banyak pilihan lain seperti
roti telur, roti telur bawang, roti pisang, roti tisu, dan sebagainya.
- Apabila
saya senaraikan beberapa perisa roti canai, ada di kalangan mereka pernah rasa
perisa yang lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka tidak pernah dengar
ataupun mengetahui ada pilihan lain.
- Selain
daripada roti canai, ada lagi tosai, capati, roti arab, roti nan, dan lain-lain
lagi. Antara jenis roti selain daripada roti canai yang telah saya sebutkan,
hanya seorang sahaja yang pernah dengar dan makan tosai. Mereka semua tidak
pernah dengar ataupun makan jenis roti yang lain.
- Tosai -
kurang minyak dan saiz lebih besar berbanding dengan roti canai. Capati - roti
tanpa minyak dan saiznya lebih kecil daripada roti canai. Roti nan - roti yang
lebih tebal dan besar berbanding dengan roti canai. Cara masak pun tidak sama
dengan roti canai, tosai, dan capati.
- Semua
jenis roti ini biasanya dimakan dengan mencecahkan kuah pelbagai jenis, seperti
dhal, sambal, kari dan lain-lain lagi.
- Akhirnya,
sebelum kelas tamat, saya memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk
membakar kek pada keesokan harinya.
- Tepung gandum
- Susu
- Gula aising
- Telur
- Mentega
- Serbuk penaik
- Buah-buahan campuran
- Cawan
kertas
Tarikh: 5hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
- Pada kelas kelmarin, dalam pantun baru ada roti canai dan nasi lemak. Kanak-kanak semua tahu dan suka makan roti canai. Justeru itu, saya pun memperkenalkan sedikit tentang jenis roti yang boleh didapati di kedai mamak.
- Di kedai mamak, roti canai ada banyak perisa. Roti canai yang kebanyakan mereka tahu adalah roti canai biasa ataupun biasanya dipanggil roti kosong. Tetapi sebenarnya selain daripada roti kosong, ada lagi banyak pilihan lain seperti roti telur, roti telur bawang, roti pisang, roti tisu, dan sebagainya.
- Apabila saya senaraikan beberapa perisa roti canai, ada di kalangan mereka pernah rasa perisa yang lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan mereka tidak pernah dengar ataupun mengetahui ada pilihan lain.
- Selain daripada roti canai, ada lagi tosai, capati, roti arab, roti nan, dan lain-lain lagi. Antara jenis roti selain daripada roti canai yang telah saya sebutkan, hanya seorang sahaja yang pernah dengar dan makan tosai. Mereka semua tidak pernah dengar ataupun makan jenis roti yang lain.
- Tosai - kurang minyak dan saiz lebih besar berbanding dengan roti canai. Capati - roti tanpa minyak dan saiznya lebih kecil daripada roti canai. Roti nan - roti yang lebih tebal dan besar berbanding dengan roti canai. Cara masak pun tidak sama dengan roti canai, tosai, dan capati.
- Semua jenis roti ini biasanya dimakan dengan mencecahkan kuah pelbagai jenis, seperti dhal, sambal, kari dan lain-lain lagi.
- Akhirnya, sebelum kelas tamat, saya memperkenalkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membakar kek pada keesokan harinya.
- Tepung gandum
- Susu
- Gula aising
- Telur
- Mentega
- Serbuk penaik
- Buah-buahan campuran
- Cawan kertas
No comments:
Post a Comment