Tarikh: 11hb Mei 2016
Kelas: Delima
Guru: Cikgu Kok
Guru: Cikgu Kok
Topik: Makanan
Masa: 4pm - 5.30pm
- Hari ini kami belajar tentang makanan Malaysia - Nasi Lemak.
- Definasi lemak biasanya maksudnya berminyak. Tetapi nasi lemak ini bukannya berminyak, tetapi berkrim disebabkan santan.
- Nasi lemak telah diiktiraf salah satu daripada 10 sarapan antarabangsa yang paling sihat oleh majalah TIME. Walaupun nasi lemak adalah berlemak, tetapi ia adalah yang sarapan yang seimbang kerena ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti protein dan karbohidrat. Manakala kandungan cili sambal pula boleh membantu meningkatkan metabolisme. (TIME Magazine)
- Nasi lemak adalah sarapan yang diminati kebanyakan rakyat Malaysia. Kanak-kanak pun sangat suka akan nasi lemak, walaupun kebanyakan mereka makan tanpa sambal cili.
- Esok akan kami memasak nasi lemak di dalam kelas.
- Sebelum kelas tamat, saya bacakan buku cerita "Apabila Saya Sakit".
- Buku cerita ini menceritakan macam mana ibu watak utama menjaganya apabila dia sakit.
No comments:
Post a Comment